Pengalaman Menjelang Peperiksaan LJM

Disebabkan pagi tadi baru je selesai Peperiksaan Agung Maha Dahsyat LJM buat jururawat pelatih (ILKKM je kot), ni aku nak cerita sedikit sebanyak pengalaman aku menjelang musim LJM ni.
 
xx
– – – – – – –
 
APA ITU PEPERIKSAAN LJM?
 
Bagi yang tak tahu, LJM tu singkatan yang bermaksud Lembaga Jururawat Malaysia. Dan Peperiksaan LJM adalah satu peperiksaan yang jururawat pelatih (student nurse) wajib hadapi untuk dapatkan LESEN jadi misi. Yep, jadi misi kena ada lesen. Sebab kita nak kendalikan nyawa orang.
 
Peperiksaan LJM wajib diduduki dan kalau tak lulus, apa yang hangpa belajar selama 3 tahun tu jadi sia-sia je sebab tak dapat lesen nak jadi misi. Jadi kena repeat balik. Exam ni bukan tahap institusi. Sebagai contoh, kalau UiTM, hanya UiTM je yang bagi kata putus sama ada lulus ke tak sebab tu paper depa sendiri. Depa yang incharge keatas paper tu dibawah penyeliaan KPTM. Contoh je. Tapi kalau LJM, yang buat dan sahkan paper LJM ni adalah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pendidikan dan Latihan tu sendiri (rasanya betul dan ejaan tu). Kiranya paper ni paper tahap kementerian. Jadi hangpa boleh imagine betapa penting dan seriusnya exam LJM ni.
 
Peperiksaan LJM ni bukan macam exam final year / final semester bagi kursus lain. Tak. Exam final year Kejururawatan dibuat sebelum exam LJM lagi. Jadi, mostly student misi ni tak boleh nak enjoy sangat lepas habis exam final year sebab exam final career (exam LJM) belum lepas lagi. Exam LJM tak menentukan sama ada orang tu pandai ke tak. Sebabnya, result LJM cuma tunjuk sama ada orang tu lulus atau gagal je. Tak ada skor, tak ada gred, tak ada pointer.
 
Dan yang paling penting, kalau hangpa lulus final year exam dan exam LJM, hangpa bukan hanya dapat pegang Diploma, malah hangpa boleh pegang lesen memberi rawatan terus. Diploma and license. Besar tu.
 
– – – – – – –
 
BACK TO THE STORY
 
Maaf, penjelasan panjang sangat. Berbalik kepada apa yang aku nak cerita tadi, kalau tak sudi baca, tak apa. Cukup hangpa dah baca pasal kepentingan LJM pun dah okay dah.
 
Ni bukan nak cerita pasal betapa susahnya exam LJM zaman aku. Tak. Cuma nak cerita suasana menjelang LJM je.
 
– – – – – – –
 
TEKNIK DAN CARA
 
Setiap kali musim exam menjelang, tak kisah la exam apa sekalipun, rutin harian aku adalah baca dan hafal sehari sebelum exam. Struggle dihujung-hujung deadline. Haha. Tu teknik aku. Jangan tiru na, adik-adik. Kalau nak kata aku dah baca seminggu lebih awal, menipu sangat le.
 
Pattern aku, aku tak boleh nak hafal sesuatu benda tu untuk jangkamasa yang lama. Sebab tu aku pilih untuk baca nota sehari sebelum exam. Cramp up semua ilmu yang sempat masuk, muntahkan terus atas paper. Tak payah tahan kemut tunggu masa. Silapnya teknik aku tu, semua pembacaan aku boleh tercampur aduk. Tambahan pulak semua topik dan subjek Nursing adalah berkait rapat antara satu sama lain. Anatomi dan ubatan, medikal dan surgikal, amali dan praktikal, komuniti dan psikiatri. Semua.
 
Jadi, untuk elakkan ilmu tercampur aduk, aku selalu fahamkan sesuatu topik dengan gunakan logik, analogi atau singkatan.
 
Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Kencing manis tu jadi pasal dia ada banyak gula (glukos) dalam darah. Gula tu sepatutnya digunakan untuk bagi tenaga kat badan. Tapi untuk pesakit kencing manis, badan dia tak boleh tukarkan gula jadi tenaga.
 
i) Maka badan tak ada tenaga. Bila dah tak ada tenaga, badan jadi penat la (weakness and lethargy).
 
ii) Bila dah letih lesu, tak ada tenaga, manusia akan cari makanan untuk makan supaya dapat tenaga. Maka dia akan jadi kuat makan (polyphagia).
 
iii) Tapi, asal dia makan je, semua jadi gula tapi tetap tak boleh jadi tenaga. Maka, makin bertambah la gula dalam darah dia (hyperglycemia).
 
iv) Jadi kalau gula dah banyak dalam darah, ape jadi? Isipadu darah bertambah. Dah banyak sangat isipadu dalam darah, nak taknak badan kena buangkan isipadu tu. Maka dia akan kuat kencing, atau kencing banyak / kerap (polyuria).
 
v) Kalau dah banyak kencing, disamping darah dia pulak pekat dengan gula, maka dia akan cepat dahaga. Maka banyaklah dia minum air (polydipsia).
 
vi) Darah pun dah banyak sangat gula, sampaikan buah pinggang pun tak dapat nak tapis semua gula. Sepatutnya gula tak ditapis kat buah pinggang, tapi kalau dah banyak sangat, kena tapis jugak la. Maka keluarlah gula melalui buah pinggang dan terus jadi kencing. Maka air kencing dia pun bergula (glycosuria).
 
Nampak, kat sini kalau ditanya apa manifestasi klinikal pesakit kencing manis, aku dah dapat 6 point dah. Lethargy, polyphagia, polydipsia, hyperglycemia, polyuria, glycosuria. Nak explain pasal patofisiologi pun aku boleh jawab dah, cuma perlu huraikan sikit lagi je. Selesai. Haha.
 
Jadi dengan cara yang lebih kurang gini, aku dapat selesaikan masalah ilmu tercampur aduk.
 
Bagi kes subjek Anatomy and Physiology (AnP), memang susah nak hafal. Terutamanya nak hafal bab labeling dan patofisio. Mampuih nak hafal 10 tulang yang ada kat pergelangan tangan tu saje. Tak kira lagi nak hafal komponen darah, sirkulasi darah, 10 saraf facial, 28 tulang belakang, dan banyak lagi.
 
Tapi aku suka study bab gambar dan patofisio AnP di awal pagi, sebelum Subuh. Dalam jam 4 pagi gitu. Masa tu otak tengah clear. Tak kelam kabut, suasana pun senyap je. Bancuh nestum / nescafe secawan, sambil hafal. Sedar-sedar dah pukul 6. Mandi, siap, duduk kat katil, bukak nota sikit untuk last round punya hafalan. Baru pi kolej.
 
TAPI, aku takkan bukak nota masa tengah beratur luar dewan. Never. Sebab bila hangpa buat gitu, hangpa jadi tak konfiden dengan apa yang hangpa dah study, maka akan hilanglah ilmu itu. Hatta, terloponglah anda di meja peperiksaan nanti. Masa menunggu, aku akan pi kat member-member yang tengah aktif berbincang, untuk tangkap point-point yang aku terlepas, dan sampaikan point-point yang aku dah study. Sebab kengkadang kita hafal dalam otak je tak guna, kena explain kat orang lain barulah terpahat ilmu tu kat dalam otak. Sebab tu, jangan kedekut ilmu. Serius.
 
– – – – – – –
 
STUDY HARD OR STUDY SMART?
 
Masa last semester, aku ada seorsng roomate. Bilik asrama kami 2 orang per room. Roomate aku ni kuat tido petang dan kuat main game. Sumpah tak tipu. Nama samaran dia Ketum. Orang Kedah. Haha (Dia takda FB).
 
Bila menjelang time exam, benda pertama yang dia akan buat adalah main game. Assassin Creed. Tak kira awal pagi ke, tengahari ke, petang atau malam sekalipun. Kalau ada kelas, dalam kelas dia tido. Balik kuliah terus main game. Main game, keluar pi kafe beli makanan, balik bilik makan sambil tengok movie, sambung main game. Kalau dia stress main game, contohnya tak lepas level ke ape ke, dia pi bilik orang lain, main gitar. Lagu Kosong Najwa Latif.
 
Bila ajak study sama, jawapan dia, “Malehh..” dalam loghat utagha.
 
Haha. Aku pun tak tahu apa dan bila dia study. Tapi setiap kali exam, kompem markah dia cukup-cukup makan. Tak pernah repeat sem. Itu pun aku tak pernah nampak dia study. Agaknya kalau dia study separuh mati macam aku? Macam orang lain? Boleh capai top student tu. Serius aku tak tipu.
 
Dia tak payah study hard, study smart pun tak perlu. Sebab dia ni cepat tangkap. Otak pikap habis. Bila dia konfius satu benda, dia akan tanya aku. Aku explain sekali je, sikit je, terus dia boleh faham dan fully connected the puzzle. Salah satu tajuk yang dia fully paham, adalah subjek AnP tajuk musculoskeletal. Siap boleh hafal protein-protein otot myosin actin filament bagai. Itu style dia, sebab itu kebolehan dia.
 
Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, study ikut cara sendiri. Jangan pressure diri ikut cara orang lain sampai tahap kita tak paham semata-mata nak kejar masa.
 
PENGARUH MASALAH EXTERNAL
 
Malang sekali, semasa menjelang musim LJM, aku dapat perkhabaran buruk dari rumah.
 
Arwah atok aku meninggal dunia. Kemalangan.
 
Berita tu sampai pada aku kalau tak silap 2 atau 3 hari sebelum exam LJM. Aku pun tergesa-gesa balik dari Kuala Lumpur (masa tu pi buat I/C kat UTC Sentul) terus ke Ipoh dalam masa 3 jam je. Masa tu lesen motor pun takda, nak motor redah highway tengah-tengah senja. Yang temankan aku kat seat belakang adalah si Ketum tadi tu. Kebenaran nak balik pun tak sempat kami mintak dari lecturer. Sempat pecut balik je.
 
Aku sampai Ipoh lebih kurang jam 8.45 malam. Bertolak dari KL jam 5.45 petang. Bertolak lewat sebab awal hari tu ada kelas, dan kelas habis jam 5 petang.
Selesai aku ziarah arwah atok aku, selesai tahlil dan segala, aku balik ke Sungai Buloh (kolej aku) jam 8 pagi esoknya disebabkan aku ada kelas prep LJM jam 2 petang sampai 5 petang. Maka redahlah aku sepanjang tempoh 24 jam tu dengan pelbagai kekusutan.
 
Malam tu di kolej, memang tak boleh tido. Esoknya nak exam LJM dah. Tapi hati dok mikir memacam.
 
Alhamdulillah, esoknya masa LJM, otak aku clear gila. Clear sungguh. Apa aku baca, aku muntahkan balik atas paper. Semua stress aku dah tolak tepi, asalkan dapat jawab soalan LJM tu je.
 
Akhirnya aku lulus jugak LJM tu. Lulus cemerlang atau tak, aku tak pasti. Tapi aku lulus. Itu yang penting. Maka hasilnya, inilah aku, Anwari Hamzah. Dan aku memegang lesen untuk menjadi seorang jururawat lelaki.
 
– – – – – – –
 
KESIMPULAN
 
Seperti yang aku katakan, cerita ni bukan pasal exam LJM tu sendiri. Tapi pasal pengalaman aku sewaktu musim LJM muncul.
 
Moral of the story is, well, tak da moral mana pun. Study je cara mana yang hangpa selesa, ketahui kekuatan dan kelemahan diri, jangan mudah terpengaruh dengan kengkawan lain yang jauh lagi power dari kita, cuba untuk kurangkan / tapis stress dalam fikiran tu dan cuba fokus bila muncul saat-saat genting.

Nah, gambar aku dengan skill editing yang power sebagai memori.

x

 
#anwarihamzah #kamijururawat
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s