Pengalaman Menjelang Peperiksaan LJM

Disebabkan pagi tadi baru je selesai Peperiksaan Agung Maha Dahsyat LJM buat jururawat pelatih (ILKKM je kot), ni aku nak cerita sedikit sebanyak pengalaman aku menjelang musim LJM ni.
 
xx
– – – – – – –
 
APA ITU PEPERIKSAAN LJM?
 
Bagi yang tak tahu, LJM tu singkatan yang bermaksud Lembaga Jururawat Malaysia. Dan Peperiksaan LJM adalah satu peperiksaan yang jururawat pelatih (student nurse) wajib hadapi untuk dapatkan LESEN jadi misi. Yep, jadi misi kena ada lesen. Sebab kita nak kendalikan nyawa orang.
 
Peperiksaan LJM wajib diduduki dan kalau tak lulus, apa yang hangpa belajar selama 3 tahun tu jadi sia-sia je sebab tak dapat lesen nak jadi misi. Jadi kena repeat balik. Exam ni bukan tahap institusi. Sebagai contoh, kalau UiTM, hanya UiTM je yang bagi kata putus sama ada lulus ke tak sebab tu paper depa sendiri. Depa yang incharge keatas paper tu dibawah penyeliaan KPTM. Contoh je. Tapi kalau LJM, yang buat dan sahkan paper LJM ni adalah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Pendidikan dan Latihan tu sendiri (rasanya betul dan ejaan tu). Kiranya paper ni paper tahap kementerian. Jadi hangpa boleh imagine betapa penting dan seriusnya exam LJM ni.
 
Peperiksaan LJM ni bukan macam exam final year / final semester bagi kursus lain. Tak. Exam final year Kejururawatan dibuat sebelum exam LJM lagi. Jadi, mostly student misi ni tak boleh nak enjoy sangat lepas habis exam final year sebab exam final career (exam LJM) belum lepas lagi. Exam LJM tak menentukan sama ada orang tu pandai ke tak. Sebabnya, result LJM cuma tunjuk sama ada orang tu lulus atau gagal je. Tak ada skor, tak ada gred, tak ada pointer.
 
Dan yang paling penting, kalau hangpa lulus final year exam dan exam LJM, hangpa bukan hanya dapat pegang Diploma, malah hangpa boleh pegang lesen memberi rawatan terus. Diploma and license. Besar tu.
 
– – – – – – –
 
BACK TO THE STORY
 
Maaf, penjelasan panjang sangat. Berbalik kepada apa yang aku nak cerita tadi, kalau tak sudi baca, tak apa. Cukup hangpa dah baca pasal kepentingan LJM pun dah okay dah.
 
Ni bukan nak cerita pasal betapa susahnya exam LJM zaman aku. Tak. Cuma nak cerita suasana menjelang LJM je.
 
– – – – – – –
 
TEKNIK DAN CARA
 
Setiap kali musim exam menjelang, tak kisah la exam apa sekalipun, rutin harian aku adalah baca dan hafal sehari sebelum exam. Struggle dihujung-hujung deadline. Haha. Tu teknik aku. Jangan tiru na, adik-adik. Kalau nak kata aku dah baca seminggu lebih awal, menipu sangat le.
 
Pattern aku, aku tak boleh nak hafal sesuatu benda tu untuk jangkamasa yang lama. Sebab tu aku pilih untuk baca nota sehari sebelum exam. Cramp up semua ilmu yang sempat masuk, muntahkan terus atas paper. Tak payah tahan kemut tunggu masa. Silapnya teknik aku tu, semua pembacaan aku boleh tercampur aduk. Tambahan pulak semua topik dan subjek Nursing adalah berkait rapat antara satu sama lain. Anatomi dan ubatan, medikal dan surgikal, amali dan praktikal, komuniti dan psikiatri. Semua.
 
Jadi, untuk elakkan ilmu tercampur aduk, aku selalu fahamkan sesuatu topik dengan gunakan logik, analogi atau singkatan.
 
Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Kencing manis tu jadi pasal dia ada banyak gula (glukos) dalam darah. Gula tu sepatutnya digunakan untuk bagi tenaga kat badan. Tapi untuk pesakit kencing manis, badan dia tak boleh tukarkan gula jadi tenaga.
 
i) Maka badan tak ada tenaga. Bila dah tak ada tenaga, badan jadi penat la (weakness and lethargy).
 
ii) Bila dah letih lesu, tak ada tenaga, manusia akan cari makanan untuk makan supaya dapat tenaga. Maka dia akan jadi kuat makan (polyphagia).
 
iii) Tapi, asal dia makan je, semua jadi gula tapi tetap tak boleh jadi tenaga. Maka, makin bertambah la gula dalam darah dia (hyperglycemia).
 
iv) Jadi kalau gula dah banyak dalam darah, ape jadi? Isipadu darah bertambah. Dah banyak sangat isipadu dalam darah, nak taknak badan kena buangkan isipadu tu. Maka dia akan kuat kencing, atau kencing banyak / kerap (polyuria).
 
v) Kalau dah banyak kencing, disamping darah dia pulak pekat dengan gula, maka dia akan cepat dahaga. Maka banyaklah dia minum air (polydipsia).
 
vi) Darah pun dah banyak sangat gula, sampaikan buah pinggang pun tak dapat nak tapis semua gula. Sepatutnya gula tak ditapis kat buah pinggang, tapi kalau dah banyak sangat, kena tapis jugak la. Maka keluarlah gula melalui buah pinggang dan terus jadi kencing. Maka air kencing dia pun bergula (glycosuria).
 
Nampak, kat sini kalau ditanya apa manifestasi klinikal pesakit kencing manis, aku dah dapat 6 point dah. Lethargy, polyphagia, polydipsia, hyperglycemia, polyuria, glycosuria. Nak explain pasal patofisiologi pun aku boleh jawab dah, cuma perlu huraikan sikit lagi je. Selesai. Haha.
 
Jadi dengan cara yang lebih kurang gini, aku dapat selesaikan masalah ilmu tercampur aduk.
 
Bagi kes subjek Anatomy and Physiology (AnP), memang susah nak hafal. Terutamanya nak hafal bab labeling dan patofisio. Mampuih nak hafal 10 tulang yang ada kat pergelangan tangan tu saje. Tak kira lagi nak hafal komponen darah, sirkulasi darah, 10 saraf facial, 28 tulang belakang, dan banyak lagi.
 
Tapi aku suka study bab gambar dan patofisio AnP di awal pagi, sebelum Subuh. Dalam jam 4 pagi gitu. Masa tu otak tengah clear. Tak kelam kabut, suasana pun senyap je. Bancuh nestum / nescafe secawan, sambil hafal. Sedar-sedar dah pukul 6. Mandi, siap, duduk kat katil, bukak nota sikit untuk last round punya hafalan. Baru pi kolej.
 
TAPI, aku takkan bukak nota masa tengah beratur luar dewan. Never. Sebab bila hangpa buat gitu, hangpa jadi tak konfiden dengan apa yang hangpa dah study, maka akan hilanglah ilmu itu. Hatta, terloponglah anda di meja peperiksaan nanti. Masa menunggu, aku akan pi kat member-member yang tengah aktif berbincang, untuk tangkap point-point yang aku terlepas, dan sampaikan point-point yang aku dah study. Sebab kengkadang kita hafal dalam otak je tak guna, kena explain kat orang lain barulah terpahat ilmu tu kat dalam otak. Sebab tu, jangan kedekut ilmu. Serius.
 
– – – – – – –
 
STUDY HARD OR STUDY SMART?
 
Masa last semester, aku ada seorsng roomate. Bilik asrama kami 2 orang per room. Roomate aku ni kuat tido petang dan kuat main game. Sumpah tak tipu. Nama samaran dia Ketum. Orang Kedah. Haha (Dia takda FB).
 
Bila menjelang time exam, benda pertama yang dia akan buat adalah main game. Assassin Creed. Tak kira awal pagi ke, tengahari ke, petang atau malam sekalipun. Kalau ada kelas, dalam kelas dia tido. Balik kuliah terus main game. Main game, keluar pi kafe beli makanan, balik bilik makan sambil tengok movie, sambung main game. Kalau dia stress main game, contohnya tak lepas level ke ape ke, dia pi bilik orang lain, main gitar. Lagu Kosong Najwa Latif.
 
Bila ajak study sama, jawapan dia, “Malehh..” dalam loghat utagha.
 
Haha. Aku pun tak tahu apa dan bila dia study. Tapi setiap kali exam, kompem markah dia cukup-cukup makan. Tak pernah repeat sem. Itu pun aku tak pernah nampak dia study. Agaknya kalau dia study separuh mati macam aku? Macam orang lain? Boleh capai top student tu. Serius aku tak tipu.
 
Dia tak payah study hard, study smart pun tak perlu. Sebab dia ni cepat tangkap. Otak pikap habis. Bila dia konfius satu benda, dia akan tanya aku. Aku explain sekali je, sikit je, terus dia boleh faham dan fully connected the puzzle. Salah satu tajuk yang dia fully paham, adalah subjek AnP tajuk musculoskeletal. Siap boleh hafal protein-protein otot myosin actin filament bagai. Itu style dia, sebab itu kebolehan dia.
 
Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, study ikut cara sendiri. Jangan pressure diri ikut cara orang lain sampai tahap kita tak paham semata-mata nak kejar masa.
 
PENGARUH MASALAH EXTERNAL
 
Malang sekali, semasa menjelang musim LJM, aku dapat perkhabaran buruk dari rumah.
 
Arwah atok aku meninggal dunia. Kemalangan.
 
Berita tu sampai pada aku kalau tak silap 2 atau 3 hari sebelum exam LJM. Aku pun tergesa-gesa balik dari Kuala Lumpur (masa tu pi buat I/C kat UTC Sentul) terus ke Ipoh dalam masa 3 jam je. Masa tu lesen motor pun takda, nak motor redah highway tengah-tengah senja. Yang temankan aku kat seat belakang adalah si Ketum tadi tu. Kebenaran nak balik pun tak sempat kami mintak dari lecturer. Sempat pecut balik je.
 
Aku sampai Ipoh lebih kurang jam 8.45 malam. Bertolak dari KL jam 5.45 petang. Bertolak lewat sebab awal hari tu ada kelas, dan kelas habis jam 5 petang.
Selesai aku ziarah arwah atok aku, selesai tahlil dan segala, aku balik ke Sungai Buloh (kolej aku) jam 8 pagi esoknya disebabkan aku ada kelas prep LJM jam 2 petang sampai 5 petang. Maka redahlah aku sepanjang tempoh 24 jam tu dengan pelbagai kekusutan.
 
Malam tu di kolej, memang tak boleh tido. Esoknya nak exam LJM dah. Tapi hati dok mikir memacam.
 
Alhamdulillah, esoknya masa LJM, otak aku clear gila. Clear sungguh. Apa aku baca, aku muntahkan balik atas paper. Semua stress aku dah tolak tepi, asalkan dapat jawab soalan LJM tu je.
 
Akhirnya aku lulus jugak LJM tu. Lulus cemerlang atau tak, aku tak pasti. Tapi aku lulus. Itu yang penting. Maka hasilnya, inilah aku, Anwari Hamzah. Dan aku memegang lesen untuk menjadi seorang jururawat lelaki.
 
– – – – – – –
 
KESIMPULAN
 
Seperti yang aku katakan, cerita ni bukan pasal exam LJM tu sendiri. Tapi pasal pengalaman aku sewaktu musim LJM muncul.
 
Moral of the story is, well, tak da moral mana pun. Study je cara mana yang hangpa selesa, ketahui kekuatan dan kelemahan diri, jangan mudah terpengaruh dengan kengkawan lain yang jauh lagi power dari kita, cuba untuk kurangkan / tapis stress dalam fikiran tu dan cuba fokus bila muncul saat-saat genting.

Nah, gambar aku dengan skill editing yang power sebagai memori.

x

 
#anwarihamzah #kamijururawat

Wad Kelas Pertama

Aku tengok semenjak dua ni ramai pulak pesakit dan pelawat yang demand nak dapatkan perawatan di wad kelas pertama (1st class). Hal ni paling kerap berlaku kat hospital kerajaan lah. Dan yang sering menjadi mangsa, adalah jururawat kat wad  dan unit kecemasan.

1st

 
Rata-rata depa akan demand nak dapat 1st class atas alasan depa ni dah bayar cukai GST, berketurunan YB dan Dato’ sekian-sekian, artis meletop-letop dan sebagainya.
 
Yang paling best bila depa ugut,
 
“Kalau tak dapat wad 1st class, saya mintak pindah ke hospital swasta!”
 
Fuh! Siap ugut tu. Haha. Comel je tengok.
 
– – – – – – –
 
MENGAPA INGINKAN WAD KELAS PERTAMA?
 
Antara sebab paling popular kenapa depa nak 1st class adalah :
 
1. Depa bayar cukai GST. Tiada alasan paling agung melainkan alasan “mereka pembayar cukai”.
 
2. Nak aircond. Wad biasa panas. Angin luar takda. Sesak.
 
3. Wad biasa busuk, kotor, banyak penyakit berjangkit.
 
4. Makanan tak sedap.
 
5. Taknak tandas kongsi
 
6. Ubat wad biasa terlalu murah, tak berkesan. Ubat di wad 1st class mahal, sebab tu dia berkesan.
 
7. Tak layak duduk di wad biasa. Sebab salur darah dia mengalir darah YB dan Dato’. Kena duduk di 1st class.
 
8. Ada perlindungan insurans.
 
Tapi tak satupun yang menilai dari segi kesihatan dan perkembangan penyakit yang diri sendiri alami.
 
– – – – – – –
 
KELAYAKAN WAD KELAS PERTAMA
 
Tapi rata-rata bila ditanya tahu ke tidak syarat dan kelayakan seseorang tu untuk duduk di wad 1st class, hampir semuanya tak tahu. Malah, siap marah kita balik bila kita kata depa ni tak layak duduk di wad 1st atas sebab sekian-sekian.
 
Harini, jom kita tengok balik apa kelayakan pesakit untuk duduk di kelas pertama hospital kerajaan.
 
– – –
 
1. Stabil
 
Untuk seseorang pesakit melayakkan diri duduk di wad 1st class, perkara pertama sekali yang perlu adalah keadaan kesihatan yang stabil.
 
Stabil yang aku maksudkan ni bukan lah stabil tahap sembuh 100%. Kalau dah sembuh 100%, rasanya tak perlu dah duduk kat hospital pun. Boleh discaj balik rumah dah.
 
Stabil yang aku cakap ni adalah keadaan penyakit dia tu terkawal, tidak dalam keadaan kritikal dan membahayakan nyawa dia sendiri, dalam keadaan sedar (conscious and alert), ADL independent (mampu buat apa-apa tugasan tanpa pertolongan).
 
Ini adalah kerana, kat wad 1st class, pesakit akan ditempatkan dalam bilik masing-masing. Bilik ni terletak jauh dan terlindung daripada pandangan luar, termasuk kaunter jururawat. Yang macam dalam TV tu la. Selalunya bila pesakit nak apa-apa, depa akan panggil jururawat guna callbell, jadi jururawat tak perlu ada dengan depa 24 jam. Tapi kalau kot-kot jadi apa-apa kecemasan, jururawat dan doktor tak sempat nak attend (periksa) pesakit sebab bilik terlindung dan jauh.
 
Kalau kat wad biasa, kita ada satu partition (kubikel) untuk pesakit kritikal dan separa kritikal yang terletak betul-betul dihadapan kaunter jururawat, jadi mudah untuk perhati. Mudah la nak attend kalau ada apa-apa kecemasan. Sebab tu wad biasa akan guna konsep open ward (wad terbuka).
 
Kalau kat ICU, takyah cakap la. Satu staf jaga satu pesakit, kengkadang dua pesakit. Lagi mudah nak attend. Sebab tu dipanggil intensive care unit (ICU), unit rawatan rapi.
 
Sebab itulah selagi pesakit tu tak stabil, walaupun nampak je macam dah okey, dia tetap tak layak duduk dalam wad 1st class.
 
– – –
 
2. Budi bicara
 
Ada juga satu dua kes pesakit yang tak berapa nak stabil (tapi tak kritikal) dibenarkan duduk di wad 1st class atas budi bicara pakar.
 
Untuk pengetahuan anda, semua pesakit dalam hospital ni akan dibahagikan mengikut jenis penyakit. Pembahagian ini kita panggil sebagai jabatan / disiplin. Yang paling lazim sekali adalah disiplin perubatan (medical), pembedahan (surgical), tulang (orthopaedic), kajisaraf (neurologi), kanak-kanak (paediatric) dan banyak lagi.
 
Sebagai contoh, pesakit bernama Manap baru je lepas eksiden (kemalangan). Tulang kakinya patah. Dia kena buat operation letak besi dalam tulang dia. Keadaan dia agak teruk tapi tak kritikal. Dia pun dalam keadaan sedar. Dia dimasukkan ke wad biasa. Tapi Manap takmau masuk wad 3rd class. Dia mintak dimasukkan ke wad 1st class.
 
Disebabkan Manap di eksiden patah tulang kaki, secara automatiknya dia akan dimasukkan ke wad tulang (orthopaedic). Dan selalunya akan dimasukkan ke wad 3rd class lepas operation. Manakala wad 1st class selalunya diletakkan dibawah jabatan perubatan (medical). Jabatan lain takde 1st class. Sesetengah hospital je yang ade.
 
Maka, pendeknya, si Manap (dari orthopaedic) nak masuk wad 1st class (medical). Jadi adalah terletak pada budi bicara doktor pakar orthopaedic dan doktor pakar medical untuk bincang dan tentukan boleh ke tidak si Manap ni dimasukkan ke wad 1st class. Sebabnya, Manap akan diletakkan dibawah jagaan doktor pakar orthopaedic walaupun dia duduk di wad medical (1st class). Kalau katakan apa-apa terjadi kat Manap, doktor pakar orthopaedic dengan team dia yang kena uruskan. Doktor pakar medical cuma bagi tumpang je. Ha, begitulah pendeknya.
 
Perkara ni sama jugak dengan pesakit yang duduk di wad medical biasa nak masuk 1st class (medical). Terpulang pada doktor pakar medical tu untuk benarkan ke tidak. Sebab kalau apa-apa jadi, dia yang kena bertanggungjawab.
 
– – –
 
3. Kekosongan wad 1st class
 
Satu perkara penting yang perlu kita tahu. Walau macam mana sekalipun kita desak untuk masuk wad 1st class, sama ada panggil wakil rakyat sekian-sekian ke, atau buat surat rungutan kat pengarah hospital ke, atau ugut nak pi hospital swasta ke, selagi tak ada kekosongan katil kat wad 1st, jangan harap nak dapat.
 
Katil kat wad 1st class tu limited. Kalau dah penuh, paksa macam mana sekali pun takkan dapat jugak. Dah penuh. Takkan nak masuk 1st class lepastu bentang toto kat lantai je kot? Takkan nak tendang pesakit lain keluar dari wad 1st class semata-mata demi hangpa? Depa pun ada hak jugak kan.
 
– – –
 
4. Jika mampu
 
Seperti yang kita tahu, wad 1st class yang lengkap dengan aircond, sinki sendiri, almari / laci sendiri, meja sendiri, tandas sendiri, makanan mewah boleh demand, servis boleh demand, semuanya menggunakan kos yang tinggi.
 
Jadi dengan kos yang tinggi, maka bayaran pun tinggi. Adil la kan. Benda nak mahal, bayar mahal la. Maka, harga untuk menginap kat 1st class berbeza dengan wad biasa. Jangan terkejut kalau aku cakap, harga wad 1st class satu katil sebilik berhawa dingin boleh cecah 26 kali ganda lebih mahal daripada wad 3rd class, dengan 2,667% peningkatan.
 
Harga kini untuk satu katil sebilik berhawa dingin adalah RM80/hari, dibandingkan dengan RM3/hari bagi wad biasa. Pada sesetengah orang, mungkin murah je RM80 tu. Celah gigi pun boleh lepas. Tapi kalau dah duduk wad seminggu, dah RM560. Tu baru caj penginapan, belum caj rawatan, prosedur, ujian dan lain-lain.

Tak percaya? Boleh klik dan check caj perkhidmatan hospital kerajaan kat sini.

1

 
Ceritanya, kalau mampu, apply. Kalau tak mampu, duduk wad 3rd class pun boleh sembuh. Jangan dok apply pi wad 1st class dengan lagaknya, lepas seminggu balik ke wad 3rd class balik sebab tak cukup duit. Membazir.
 
Lagipun, sebelum pi wad 1st class, kena duduk wad 3rd class dulu untuk pemerhatian. Kalau nak apply wad 1st class, kena bayar habis dulu bil tertunggak kat wad 3rd class tu, baru boleh pindah. Satgi yang wad 3rd class pun tak habis bayar, dah nak tambah beban nak duduk di wad 1st class.
 
Kalau ada coverage insurans sekalipun, baik simpan untuk bayar kos perawatan daripada habiskan semata-mata nak duduk bilik ber-aircond aje. Tak de la membazir.
 
Jadi, fikir-fikirkan lah yang mana hangpa nak. Tak halang, tapi tak cadang.
 
– – – – – – –
 
PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA WAD
 
Perbezaan antara wad 1st class dan 3rd class sebenarnya tak banyak pun.
 
Perbezaan :
 
i) Wad 1st class ada bilik berasingan. Ada yang satu katil. Ada yang 2 katil satu bilik. 4 katil sebilik pun ada. Dan bilik pulak private, tertutup. Berbanding wad biasa, open ward. Satu wad mencecah 70 orang sehari. Dibahagikan dalam 5 kubikel, mengikut keterukan. Yang paling ok, duduk paling hujung. Yang teruk, duduk depan kaunter.
 
ii) Toilet di 1st class tak perlu share. Toilet kat wad 3rd class kena share. Tapi belum sampai tahap kena beratur lagi.
 
iii) Wad 1st class ade aircond. Nyaman. View cantik. Wad 3rd class busuk, sesak, usang, berhabuk, dsb. Layak untuk mereka yang mampu hidup tanpa aircond. Bukan untuk calang-calang orang. Yang lemah tanpa aircond, kena pi wad 1st class, kalau tak dia akan dijangkiti penyakit manjalitis tak habis.
 
iv) Makanan di wad 1st class boleh demand. Nak telur rebus? Boleh. Nak mee rebus? Boleh. Nak belacan rebus? Siap. Makan dalam pinggan kaca. Baru ummph. Makanan kat wad 3rd class cikai je. Makan ramai-ramai serentak. Air kosong je. Tapi yang kencing manis, makan kat mana pun tetap tawar.
 
v) Doktor lebih kerap buat round kat wad 3rd class sebab pesakit kat sana teruk belaka. Yang kat wad 1st class tu dilambatkan pun takpe. Depa stabil.
14032011_002
 
Persamaan :
 
i) Ubat kat wad 3rd class same je dengan ubat di wad 1st class. Tak ade beza pun. Tak ada istilah ubat di wad 1st class lebih berkesan berbanding dengan ubat wad 3rd class. Sebab ubat dari dua-dua wad datang dari syarikat yang sama melalui farmasi yang sama. Yang membezakan cuma siapa yang order je.
 
ii) Prosedur di wad 1st class same je dengan wad 3rd class. Cara mandi sama, cara berus gigi sama, tukar cadar pun sama, feeding pun sama, CPR pun sama. Tak ada beza pun. Cuma di wad 3rd class, prosedur dia lagi power, lagi extreme, lagi mencabar minda dan fizikal.
 
iii) Proses admission (daftar) dan discaj kedua-dua wad, same je. Sama lambat, sama cepat. Cuma kengkadang, disebabkan kena tunggu di suasana wad 3rd class yang buruk, menyebabkan orang tu rasa lama je nak discaj. Tapi kalau kena tunggu dalam bilik beraircond dengan TV, rasa kejap je.
 
– – – – – – –
 
Harap lepas ni, dengan penerangan ala kadar ni, kita semua dapat nilai balik, layak atau tidak kita diberikan servis wad 1st class di hospital kerajaan.
 
#kamijururawat

Jururawat Itu dan Ini.

Kita nampak jururawat tak bagi pesakit makan dan minum seharian. Kita kata jururawat kejam sebab biarkan pesakit kebulur.

Tapi kita tak tahu yang pesakit tu perlu dipuasakan sebelum pembedahan, kena kawal pemakanan kerana obesiti, kena hadkan minuman sebab jantung dia dah lemah dan lemas, kena bagi makanan khas sebab tekanan darah dan gula dalam darah tinggi.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat ikat pesakit di katil. Kita kata jururawat zalim, tak berhati perut.

Tapi kita tak tahu pesakit tu pesakit yang agresif, restless, cuba bunuh diri, cuba cederakan orang lain, cuba pukul pesakit lain, cuba tarik tiub pernafasan dan tiub kencing, cuba sentap wayar dan line pada badan, cuba terjun katil, cuba lari dari wad, cuba bahayakan diri sendiri, cuba sepak terajang staf kesihatan.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat duduk di kaunter. Kita kata jururawat bersembang, bergosip, ber”huhah”.

Tapi kita tak tahu jururawat tengah sibuk kat kaunter tu, kena close DDA, kena indent ubatan, kena buat reten dan census, kena buat assignments, kena admit dan discaj pesakit, kena isi borang nursing care, kena cetak bil, kena buat laporan, kena selesaikan audit, kena tutup I/O charting, kena trace report dan result, kena lengkapkan thrombophlebitis yang useless tu.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat tak endahkan pesakit di katil sebelah. Kita kata jururawat pemalas, makan gaji buta.

Tapi kita tak tahu jururawat diagihkan tugas ikut kubikel, ikut assignment. Ada tugas masing-masing. Ada yang kena incaj kubikel, kena incaj audit, kena incaj isolation, kena jadi Team Leader, kena jadi runner, kena jadi medication nurse. Kita tak tahu jururawat tu tak boleh sewenang-wenangnya take over pesakit jururawat lain tanpa sesi passover report. Kita tak tahu jururawat tak boleh sesuka hati nak attend pesakit lain tanpa tahu kes, melainkan kecemasan.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat tak nak bagi penerangan perkembangan pesakit kat waris. Kita kata jururawat bodoh, tak tahu pasal pesakit, tak tahu nak buat kerja.

Tapi kita tak tahu yang jururawat tak ada hak untuk bagi penerangan dan penjelasan pasal perkembangan pesakit sama ada pesakit makin elok atau makin teruk. Kita tak tahu yang jururawat boleh didakwa dalam isu medicolegal jika ada salah info yang diberi pada waris. Kita tak tahu yang jururawat hanya boleh bagi penerangan pasal rawatan dan keadaan terkini pesakit je.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat lepak kat bilik rehat, kat pantri. Kita kata jururawat pemalas, kuat makan, kuat gosip.

Tapi kita tak tahu itu jururawat shif sebelumnya yang sudah passover report, jururawat oncall dimalam hari, jururawat yang bukan dalam incharge, jururawat yang baru selesai shif malam 10 jam bekerja tanpa waktu rehat. Kita tak tahu yang jururawat tu baru je selesai kerja dia sedangkan waktu kerja dia habis 2 jam yang lalu.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat tak buat kerja semasa waktu melawat. Kita kata jururawat hanya duduk di meja, tak endahkan pesakit, tak reti buat kerja.

Tapi kita tak tahu jururawat bertungkus lumus buat pemberian ubatan, catat tanda vital, feeding, dressings, assist doktor, tolak pesakit dari hujung hospital sampai ke hujung lagi satu untuk Xray, MRI, CT Scan, buat hygienic care, oral toilet, top to tail sponging, 2 hourly positioning, bed to chair positioning, nursing report, resuscitation, specimen taking, transfusi darah, haemodialysis diluar waktu melawat semata-mata nak beri masa kepada waris untuk luangkan waktu dengan pesakit bila dah masuk waktu melawat.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat halang waris dari melawat. Kita kata jururawat berlagak tak sedar diri.

Tapi kita tak tahu jururawat halang waris masuk lebih dari 2 orang pada satu-satu masa untuk keselesaan pesakit itu dan pesakit lain, tak mahu wad jadi seperti pasar malam, tak benarkan kanak-kanak dan orang tua masuk sebab banyak penyakit berjangkit, kuman, bahan merbahaya, dan kadang-kala ada mayat yang boleh menyebabkan mimpi ngeri pada yang tak kuat semangat. Kita tak tahu jururawat halang waris masuk ramai-ramai sebab kadang-kala waris pun tak sedar diri, duduk atas katil, sandar di tiang IV, sentuh mesin ventilator, monitor dan infusion konon berlagak tahu, bukak komputer bed, baca fail pesakit lain, terpekik terlolong di wad ganggu pesakit lain, selak skrin pesakit lain semasa tengah buat prosedur, lari sana sini, buang saki baki makanan dalam sinki, buang sampah domestik dalam tong kuning, sentuh sharp bin, selerakkan katil pesakit, tangkap gambar sana sini, tak endahkan Yaasin atas meja pesakit.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat tak endahkan ahli keluarga kita yang jadi pesakit. Kita kata jururawat pilih kasih, berat sebelah.

Tapi kita tak tahu yang si pesakit kita tu gila seks, bernafsu buaya, menggatal dengan staf kesihatan sedangkan nyawa pun belum tentu panjang, meraba staf sana sini. Kita tak tahu pesakit kita tu rasis, menghina bangsa agama orang lain, kurang ajar, gila, mencarut pada staf tanpa sebab, memukul staf. Kita tak tahu yang siang malam jururawat kena sexual harassment, physical dan verbal abuse dari pesakit kita tu tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab polisi dungu “customer is always right” tu. Sepatutnya “customer is not always right nor bright“.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat tak senyum. Kita kata jururawat sombong, kurang ajar.

Kita tak tahu jururawat tu baru je mengalami kematian pesakit dia sendiri selepas 30 minit buat CPR tanpa henti, bertungkus lumus nak selamatkan nyawa orang yang dia sendiri tak kenal. Kita tak tahu jururawat tu sendiri ada saudara mara dan ahli keluarga yang terlantar sakit di rumah tapi masih tetap menyarung uniform menjalankan tugas untuk rawat orang yang tak dikenali berbanding keluarga sendiri. Kita tak tahu yang jururawat tu sendiri yang sakit akibat terlalu banyak lakukan tugas berat sampaikan kesihatan diri sendiri pun tak terjaga demi orang lain. Kita tak tahu jururawat itu dah menjalani shif 14 jam minimum setiap hari selama seminggu atas sebab tak cukup staff untuk cover satu wad.

– – – – – – –

Kita nampak jururawat buat kerja seperti kuli. Kita kata kerja jururawat itu kerja yang hina.

Tapi kita tak tahu jururawat yang “hina” tu la yang selamatkan kita yang tersangat “mulia” ini. Jururawat hina itu yang sambut anak-anak kita. Yang rawat adik beradik kita. Yang jaga ibu bapa kita. Yang bantu suami isteri kita. Yang tolong mandikan mayat kita. Mulia sangat ke kita ni kalau masa nak mati pun orang yang “hina” yang tolong kita?

– – – – – – –

Kita nampak jururawat kejam. Kita kata jururawat kejam.

Tapi kita tak tahu, bila kita sebagai waris balik rumah lepas melawat pesakit tak sampai 5 minit seminggu, pesakit menangis pada jururawat minta maaf sebab selalu susahkan jururawat. Kita tak tahu pesakit selalu kecewa dengan anak-anak sendiri bila anak-anak langsung tak pedulikan mak ayah di wad tu. Basuh berak kencing pun tak sudi. Nak sentuh mak ayah sendiri pun jijik. Kita tak tahu pesakit selalu tertanya-tanya dimana anak-anak dia masa dia sakit? Kita tak tahu jururawat la yang jadi ‘keluarga’ dan ‘kawan’ pesakit bila dalam kesakitan sedangkan ahli keluarga sendiri hanya jadi penonton dan pemerhati, jadi secoret nama dalam wasiat harta dia sahaja.

– – – – – – –

Kita nampak.
Kita kata.
Kita tak tahu.
Tapi kita berlagak serba tahu.

Tak salah kalau kita sedikit sebanyak ambil tahu dan hargai jururawat kita. Tak susah pun. Cuma perlu bertimbang rasa dan hormati je. Tak kurang duit kita, tak jatuh maruah kita, tak hilang imej kita.

#anwarihamzah #kamijururawat

JURURAWAT DAN JONA

jona

**Perlu diingatkan, tulisan ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma satu penilaian berdasarkan apa yang aku perhatikan, perspektif aku je. Kalau tak bersetuju pun, tak apa. Harap tak ada sesiapa terasa dengan tulisan kali ni.**

– – – – – – –

Rata-rata kita jururawat mesti pernah dengar dan pernah guna perkataan “jona” ni. Aku pun tak pasti dari mana asalnya jona / jonah / jonnah ni, tapi perkataan ni memang sangat popular dalam kalangan staf kesihatan, terutama sekali, jururawat.

Bagi yang tak tahu jona tu apa, jona ni sama erti dengan perkataan ‘pembawa malang’, lebih kurang la. Kiranya dalam kata mudah, seseorang tu dianggap jona apabila setiap kali dia bertugas, mesti ada problem yang timbul. Sama ada admission (kemasukan wad) yang bertimbun, patient deteriorating (merosot) atau patient yang OK tetiba LO (meninggal) time dia. Atau lain-lain contoh. Gitu la, ringkasnya.

Dan dalam komuniti jururawat ni, apa yang aku perhatikan adalah, ada jururawat yang suka melabelkan orang lain sebagai jona. Sama ada sebagai gurauan, mahupun satu tuduhan. Dan yang paling selalu kena label adalah jururawat junior, atau yang paling tidak disukai orang.

– – – – – – –

Aku tak la berkelayakan untuk cakap soal jona ni, pasal aku sendiri pun terkontang-kanting jugak. Jona jugak. Dan personally, bagi aku jona ni usaha untuk aku belajar, cuma kadangkala memenatkan ya amat la.

Tapi ada beberapa point yang aku nak kemukakan kat sini, untuk refleksi kita bersama.

**Perlu diingatkan SEKALI LAGI, tulisan ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Cuma satu penilaian berdasarkan apa yang aku perhatikan, perspektif aku je. Kalau tak bersetuju pun, tak apa. Harap tak ada sesiapa terasa dengan tulisan kali ni.**

– – – – – – –

Memula sekali, elakkan la daripada kutuk orang lain jona. Walaupun anda sekadar bergurau. Walaupun orang tu sememangnya sentiasa bernasib malang kat wad. Sebabnya, mana ada orang yang dalam keadaan kelam-kabut nak menyiapkan kerja dia (yang tunggang-terbalik) tu nak dengar orang lain kutuk dia lagi. Dah cukup la dia stress dengan tugas yang bertimbun-timbun, anda pulak menambahkan stress dia dengan tuduh dia jona. Kesian la dia.

Melainkan dia sendiri yang kata dia jona, kalau boleh kita elakkan la daripada melabel orang lain sebagai jona. Kalau kita sendiri dalam keadaan kelam-kabut, datang pulak orang lain menempek label jona tu kat dahi kita, mesti kita pun geram jugak kan? Dah benda nak jadi, kenapa nak salahkan kita pulak kan? Begitu jugak la dengan orang lain.

Bila kita melabelkan seseorang tu jona, dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan orang tu hilang morale (semangat) nak bekerja. Apatah lagi bila anda label dia jona dikhalayak ramai. Memang la dia akan senyum je bila kena label, tapi perbuatan melabel tu dah macam mengaibkan dia je sebenarnya.

– – – – – – –

Kadangkala nasib malang tu bukan kita yang nak, tapi dah nak jadi, kita pun tak boleh nak buat apa. Bila setiap hari, setiap saat, setiap orang melabel diri anda sebagai pembawa nasib malang, lama-lama anda pun akan mula hilang semangat nak kerja, kan? Yelah, anda buat kerja bagus pun orang masih nak label anda jona. Lama-lama hilang minat nak bekerja sebagai jururawat. Kalau kita rasa kita pun tak boleh terima cara macam tu, kenapa kita suka-suka je nak buat macam tu kat orang, kan? Refleksi diri.

Bila kita dah selalu sangat labelkan orang dengan ayat jona, contohnya kita label Jururawat Ahmad sebagai staf yang jona, lama-kelamaan label itu akan dibawa oleh orang lain. Kita mempengaruhi orang lain untuk sama-sama melabelkan dia sebagai jona. Orang lain mula rasa taknak atau takut nak bekerja dengan Ahmad sebab takut dapat aura jona dia. Padahal dia OK je. Mulut kita ni je yang jahat.

Lambat laun Jururawat Ahmad akan mula dibenci oleh rakan-rakan lain disebabkan kita bawa label jona tu kepada dia. Hanya disebabkan mulut kita, orang ramai mula membenci dia. Semua taknak kerja dengan dia. Kita pulak masih bangga dengan label kita tu.

– – – – – – –

Kadangkala orang yang ‘jona’ ni sebenarnya bukan jona mana pun. Cuma dia ni kalau boleh taknak susahkan orang lain bila dia tengah jona. Dia akan jarang minta pertolongan orang sebab dia malu, taknak dilabel jona dan taknak susahkan teammate lain. Sebab tu kalau boleh, biar semua tugas dia settlekan sendiri. Bukan menyombong, tapi bertimbangrasa.

Kita pun kalau dah lama sangat diberi gelaran jona ni, lambat laun kita pun dah rasa segan nak minta bantuan orang lain. Sebab kita sendiri dah tak yakin dengan diri sendiri. Bila setiap hari dilabel jona, imej diri kita pun akan semakin drop, dan kita pun rasa tak confident nak buat kerja. Last-last, dah tak ada skill untuk amalkan teamwork.

Semua orang akan merasa ‘zaman kejonaan’ masing-masing. Terutama sekali para junior yang masih tak fasih dengan wad dan what-to-dos. Tapi tu tak bermaksud kita layak nak melabel orang lain dengan tuduhan macam tu, kan?

– – – – – – –

Kalau anda nampak seseorang tu jona, atau memang dia ni selalu jona 24 jam, tak payah la label dia jona. Pi tolong dia lengkapkan kerja dia. Atau kalau tak dapat nak tolong dia, bagi ilmu kat dia dengan mengajar dia cara macam mana nak uruskan tugas bila jona. Tak kisah la sama ada bantu secara fizikal ataupun sokongan emosi. Ajar dia time management yang betul, atau SOP yang betul. Supaya dia dah tak lagi jona. Daripada kita duk kutuk-kutuk dia tapi tak pernah sekali pun pi tolong dia, apa gunanya kita ni sebagai satu team?

Walaupun dengan beri bantuan sekecil zarah pun, orang akan hargai. Walaupun pertolongan anda tu sekadar pertolongan remeh temeh je. Bila dia dalam keadaan kelam-kabut nak selesaikan tugas, bantuan anda kompem akan dihargai. Jangan risau pasal imbuhan. Lama-lama orang yang anda tolong tu akan tolong anda balik. Budi baik dibalas baik.

– – – – – – –

Bagi yang selalu jona dan selalu dituduh jona tu, ada satu pesanan aku nak kasi. Untuk diri aku sendiri jugak yang seringkali jona ni.

Dia tak beri kita bebanan melebihi tahap kemampuan kita.

#anwarihamzah
#kamijururawat

Misi dan M.C.

“Wei, aku rase tak sedap badan le. Asyik batuk je manjang. Non-productive cough lak tu. Masuk harini ni dah 2 minggu dah ni aku batuk.”

“Laa, lama benor hang batuk. Awat tak amek MC bro?” tanya aku sambil aku menyental bontot pesakit.

“Malas la.. Staf wad tak cukup. Lagipun, sakit sikit je ni”, jawab dia pendek. Mata dia merenung jauh tatkala tangan masih aktif menyental tapak kaki pesakit.

– – – – – – –

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Harini moh kita sembang pasal jururawat, sakit dan cuti sakit.

mc

Seperti yang kita semua tau, jururawat tu keje dia merawat orang sakit. Tak kira la dari sakit minor ke, sakit teruk ke, sakit otak ke, sakit kepala ke, sampai la ke sakit hati (ehem).

Tapi ada satu masalah dengan perangai misi ni, orang sakit depa tolong rawat. Tapi diri depa sendiri yang sakit, cukup malas depa nak dapatkan rawatan. Apatah lagi nak ambik MC.

Mentang-mentang la skill medical surgical depa dah power, sakit sendiri pun taknak ambik tahu. Sedar-sedar dah teruk, baru nak cari ubat. Haish.

Dalam banyak-banyak kerja kat Malaysia ni, kerja misi adalah antara yang paling boleh buat depa cepat sakit. Tak caya? Salah teknik angkat patient, sakit tulang belakang, slipped disk, dislocated shoulder, sprained and strained tendons. Diri lama-lama boleh jadi foot pain, varicose veins. Kerja 14 jam tak makan, boleh hypoglycemic, dehydrated. Rawat patient infection, boleh kena TB, kena jangkitan. Salah cucuk, kena needle prick. Kena HIV pun boleh kalau bernasib malang. Stress kerja berlambak, boleh kena migraine. Silap hari bulan, sakit tu dibawak pulak ke anak-anak dan family kat rumah.

Jururawat ni, bila depa sakit, depa akan buat dek je. Sebab bila kita dah tau dan dah paham pasal penyakit-penyakit ni luar dan dalam, kita pun dah tak risau pasal sakit jenis minor ni. Sebab dah tau dah nak buat apa. Nursing process grade A la katakan. Paling kurang pun, depa akan rawat sendiri. Kalau demam, telan PCM (Panadol) 2 bijik, sambung kerja double duty. Sakit kaki, sakit kepala, telan Tramadol teruih. Pehtu sambung keja balik. Bila batuk, selsema sampai meleleh hingus, terus depa capai mask N95 nak cover hingus tu. Yang tengah mengandung, sakit contraction, masih lagi buat kerja. Depa ni sakit tapi pandai cover. Taknak orang tau depa ni tengah sakit. Sampai ada orang awam terkejut bila dengar jururawat pun jatuh sakit. Uih, takkan jururawat pun tak leh sakit kot. Depa pun manusia jugak.

Malangnya perangai depa ni sebenarnya memudaratkan diri depa. Baru-baru ni, ada kes seorang jururawat meninggal dunia akibat migraine yang teruk dan kronik. Ada darah beku yang jadi punca buat arwah migraine.

Al-Fatihah, satu kehilangan besar buat komuniti jururawat.

– – – – – – –

edzat1@12

“Awat tak amek MC je? Alah, hang kan misi. Bila-bila masa leh mintak MC free. Tak pun curi la MC sekeping.”

Adoi, walaupun kami ni keje misi, hang ingat senang ke nak dapatkan MC gitu je? Memang la buku MC tu memanjang ada atas kaunter jururawat tu. Setiap keping kertas MC tu ada nombor siri tau. Kena rekod selalu. Hilang sekeping, hang yang kena saman.

Kalau setakat sakit-sakit kecik gini, tak mau nye doktor kasi cop untuk MC. Sakit teruk pun jarang dapat MC. Selalu dapat timeout kejap je. Lagipun department sendiri memang susah nak bagi MC kat staff sendiri. Sebab satgi habis sesi soaljawab soalselidik berlangsung sepanjang hari tu. Silap haribulan, kena saman teruih. Nak curi MC department? Haha. Kalau dah ada wasiat hidup, boleh la try.

Boleh je kalau diikutkan, misi ambik MC kat department luar macam Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Tapi kebanyakan misi-misi ni, depa tak sampai hati nak amek MC sebab staf wad tak pernah cukup. Hari-hari kerja biasa pun mana pernah cukup staf. Ni kalau dah seorang misi ambik MC, dah short satu tenaga kerja. Habis beban kerja pi kat kawan-kawan lain. Habis depa jona (haywire) sepanjang hari. Sebab kesian dan tak sampai hati punya pasal, tak jadi MC la jawabnya. Kalau betul-betul dah tak mampu, baru la akan ambik MC.

Lagipun, pemikiran misi ni complicated sikit. Lebih kepada stigma sebenarnya. Sebabnya, kalau sorang misi MC atas sebab-sebab kecil contohnya sakit pinggang, sakit kaki, batuk dsb, memang akan kena gelak la dengan kawan-kawan. Sebab ciput sangat sakit tu. Macam tak valid je MC nye. Haha. Dan satu lagi, misi jarang nak amek MC sebab, kalau amek MC harini, esok lusa kena kerja double duty jugak. Ganti balik tugas yang dia tinggal masa MC tu. Sama je. Baik tempuh je shif hari tu walaupun sakit, supaya esok lusa tak penat sangat kena double duty.

– – – – – – –

Kesimpulan penulisan harini simple je sebenarnya. Aku cuma nak ajak misi-misi di Malaysia ni supaya selalu la jaga diri hangpa tu. Jangan la bila dah teruk, baru nak pi check.

Hangpa rawat orang. Kalau hangpa sakit, macam mana nak rawat orang lain. Diri sendiri pun tak terjaga, kan? Haha. Lagipun, kita taknak ada jangkitan silang (nosocomial) antara hangpa dengan pesakit. Tak elok gitu. Marah Infection Control Team satgi.

Dan aku tulis semua ni publicly supaya dapat terangkan kat orang awam, kadang-kadang misi pun sakit jugak. Tapi depa masih rela buat kerja. Jadi kalau nampak ada misi muka pucat sememeh, muram manjang, jangan la marah depa. Mana tau depa lagi sakit teruk dari hangpa, tapi depa masih rela nak rawat hangpa. Huhu.

Dan jangan la tipu-tipu curi MC, beli MC palsu. Satgi kena tangkap baru tau.

Sijil-Cuti-Sakit-Palsu.jpg

– – – – – – –

Itu je lah. Bye.

Kelepak Kelepek Celoteh si SKA

Hang bukan Jururawat Sejati kalau hang tak pernah rasa pengalaman bekerja dengan tapak kasut hang hampir nak tercabut bagaikan nyawa-nyawa ikan.

Perasaan cuak menggelegak dalam hati bila setiap langkah hang ambik ditemani bunyi kelepak kelepek si tapak kasut bertamparan dengan sole kasut. Dan semua orang akan terpandang pada gait hang masa tengah bergegas kesana sini macam orang dah patah tulang femur. Diheret-heret kaki pasal taknak tapak kasut tu tercabut.

Yes, ini adalah entry lebih kurang pasal ketidaksesuaian pakaian seragam jururawat yang bekerja bak lipas kudung yang lupa nak dilute ubat antibiotik pada jam 1.50pm.

Selalu bila orang sebut pasal uniform jururawat, entry yang kebiasaannya hangpa baca bermula dengan Matron menegur staf ;

Awat pakaian hangpa lagu ni?!” dan sebagainya.

Not today, guys! Harini aku nak sembang pasal kasut aku je. Kasut aku ni nama dia SKA. Say hi to SKA.

– – – – – – –
12971041_1013287008765963_7756640718527087349_o
Ini bukan kisah fantasi. Ini kisah benar-sebenar-benarnya.

Well, harini tugas kerja aku macam biasa la. Dilute dan serve ubat, kasi feeding 3Hly, mandi patient, control patient restless yang tahap ++, dressing, tolong member-member yang memerlukan bantuan dan sebagainya. Tak ada problem pun.

Cuma bila kasut hang mula buat perangai, tapak dia mula luntur hati dengan hang, mulalah shif hang yang normal tu berubah jadi neraka 7 jam.

Kasut yang buruk, boleh diterima. Kasut yang nak tercabut tapak, no, no, no and hell no!

Sepanjang hari, jiwa raga hang akan penuh dengan kerisauan akibat takut tercabut terus tapak kasut tu. Nursing process hang nanti akan jadi “Bimbang berkaitan keutuhan tapak kasut kaki kanan akibat dari gam yang telah lekang“. Nanti apa pulak orang fikir bila hang tengah lari-lari nak buat CPR kat Bed 2, tetiba tapak kasut hang terpelanting ke belakang kena kepala patient Bed 12. Tak ke naya?

So apa penyelesaian aku hari ni?

Sebagai seorang pekerja kakitangan awam Jururawat Terlatih U29 yang berkaliber serta bakal menerima APC dalam jangkamasa 5 tahun lagi, aku pun menggunakan pemikiran kritis dan kreatif aku.

Aku pi ambik stapler, aku stapler kasut aku ni. Haha, yes. Toksah la kata hangpa tak pernah buat. Rata-rata semua jururawat lelaki dah pernah stapler cawat seluar depa yang terkoyak akibat terlalu aktif mengangkat patient, kan? Yang perempuan, aku tak tau la apa yang hangpa stapler. Tapi agak meragukan la bila ubat (bullet / dakwat) stapler hangpa cepat je habis setiap hari. Kan?

Berbalik kepada kisah cinta SKA dan dakwat stapler aku, adalah dalam kebangangan aku apabila aku tak terfikir pun yang stapler aku tu jenis medium-sized. Mana lepas nak tembus sole kasut yang tebal tu. Keadaan mendesak, bruh! Dan akibat dari kekurangan tahap matang pemikiran aku, SKA hanya bertahan kira-kira 15 minit sahaja. Cukup-cukup untuk aku settlekan ubat jam 8 am.
12961280_1013287012099296_6877388098843629570_o

Kemudian, tanpa sebarang kekesalan, aku ambil langkah drastik bagi men’settle‘kan isu tapak kasut ini dengan kadar segera dan berwibawa. Aku pi kat bilik simpan barang, aku ambik suture stitch saiz 0. Haha, yes. Suture paling tebal, besar dan gagah tu.

(Suture adalah jarum dan benang jahitan yang digunakan untuk men’suture‘ atau menjahit luka-luka pesakit. Saiz 0 (kosong) adalah yang paling besar, dan semakin mengecil proportional to nombor saiz dia.)

Berbekalkan ilmu sedia ada aku tentang suturing yang minima ni (NURSES SHOULD BE TAUGHT WITH SUTURING SKILLS!), aku pun jahit la SKA. Kan bagus kalau nurses pun dibenarkan lakukan jahitan suture. Boleh diaplikasikan pada saat-saat genting sebegini. Anyway, dengan penuh kemerahan dijari-jarian kecilku ini akibat memegang dan melakukan suturing barehanded, akhirnya jarum suture tu pun patah dua. Sempat jahit separuh je.

Sedih gila.

Tapi oleh kerana kegigihan aku menyelamatkan kasut jenama SKA bekalan kolej 3 tahun lalu, kasut aku akhirnya beri kerjasama dan kekal intact sepanjang waktu bekerja. Ehem, suturing skill accomplished, suture intact and union wound. Kegusaranku diminimakan sepanjang waktu bekerja.

– – – – – – –

Shif aku bersama SKA akhirnya tamat pada jam 1.30pm bilamana aku mula bergegas nak tukar baju nak pi solat Jumaat. Aku keje kat ICU, so pakai baju biru tu la.

Nasib SKA baik apabila masa betul-betul je aku sarung selipar Croc untuk pi masjid, tetiba ada kes nak kena CPR. Akibat dari menjadi seorang kumbang di gagasan bunga (a malenurse in a bunch of staffnurses), bergegaslah aku berlari ke arah kes CPR bersama Croc, meninggalkan SKA bersendirian disudut bilik persalinan staf lelaki.

Perbuatan meninggalkan SKA itu ternyata memberikan kelebihan kepada SKA kerana, jika aku pakai SKA pi buat CPR, mau tercabut tapak tu melayang kena muka doktor. Silap haribulan aku pulak yang kena CPR.

Kisah cinta ini tamat apabila SKA selamat pulang bersama aku sehingga ke pintu rumah. Esok lusa tak pakai dah SKA. Bye SKA!

Setakat itu sajalah cerita tentang aku, SKA si kasut dan kehidupan jururawat terlatih U29. Tengok keadaan kasut aku pun dah tau betapa jujurnya aku dalam bekerja. Haha.

– – – – – – –

Sekalung ucapan Alhamdulillah kepadaNya dan kerajaan memerintah apabila jururawat masih lagi diberi elaun kasut setiap tahun. Kesian kat misi-misi kita ni. Kerja dah la berat, macam buruh kasar. Pakai pulak kasut kulit keras, bertapak, bertumit. Mana la tak jadi foot pain dan paronychia kuku kaki ibu jari nurses. Kan?

Mujur boleh claim kasut lagi. Please jangan tarik elaun kasut!

Aku impikan dimensi alternatif dimana jururawat Malaysia memakai kasut sportshoes jenis Nike Air ketika bekerja. Ahh…

#anwarihamzah
#kamijururawat

First Entry!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada satu pengalaman yang aku nak cerita.

Cerita ni jadi masa zaman aku pegang title jururawat pelatih a.k.a. student nurse. Peep merah masa tu (tahun ketiga / akhir la kiranya). Dan apa yang boleh dikaitkan dengan peep merah ni adalah, budak student peep merah ni selalunya baru mula nak belajar pasal buat report pesakit.

Masa tu aku tengah sibuk nak tulis report sorang patient ni. Patient ni sorang makcik berbangsa Melayu. Umur dia aku rasa dalam lingkungan awal 40-an la. Dia ni ada kes uncontrolled DM (Diabetes Mellitus). Atau dikenali sebagai kencing manis. Dan seperti biasalah, sebagai seorang pelatih peep merah yang berjaya dan profesional, aku pun pi la tulis report dia kat depan bed dia, atas cardiac table dia supaya senang aku nak tanya keadaan dia. Bagi yang tak tahu cardiac table tu apa, ianya adalah satu meja panjang yang diletakkan berhadapan dengan katil patient untuk memudahkan patient makan, dan kemudahan untuk kitorang letak semua fail-fail patient secara berasingan. Macam kat dalam TV tuu..

OK, berbalik kepada cerita epik aku ni, tengah elok aku tulis “While taking over report,….” tetiba makcik tu pun panggil aku.

“Dik.”
“Ye, makcik. Ade ape?” jawab aku ikhlas bak seorang jururawat berwawasan.
“Dari tadi makcik tengok kamu ni. Tengok kamu kehulu kehilir. Tak penat ke?” soal makcik itu gusar.
“Eh, takda la makcik. Saya OK je ni. Dah memang keje saye pun.” jawab aku bersahaja.
“Dah lama ke kerja kat sini?” tanya makcik tu spontan, bernada ingin tahu.

Hm. Aku berfikir sendiri. Awat makcik tanya lagu tu? Mungkin sebab aku ni nampak macam terlalu muda untuk ada pengalaman kerja yang tinggi kot. Ah, biasalah. Aku dan Aaron Aziz tu bukan jauh beza pun. Beza tona dan kulit tak sekata je.

Otak aku mula memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan dia. Sebab lecturer aku kata, untuk jadi seorang staf yang baik, kena ada rapport yang baik dengan pesakit. Hah, inilah masa untuk aku menyerlah!

“Masuk bulan 8 ni, kira dah cukup setahun la saya kerja kat hospital ni Mak Cik. Saya ni student lagi makcik. Kira baru lagi la kat hospital ni. Banyak lagi pengalaman nak kena kejar.” Ahhh.. Jawapan yang bernas dari mindaku ini!

“Oh… Seronok ke jadi doktor ni?” tanya makcik tu lagi.
“Ehh? Uishhh, makcik. Saya ni bukan doktor”, jawab aku ringkas. Tersengih aku membidas soalan dia.
“Laa, kalau dah bukan doktor, kamu ni siapa?” soal makcik tu. Berkerut-kerut garisan umur pada dahi dia, seolah-olah tak percaya pada jawapan aku.
“Kalau makcik nak tahu, doktor ni, dia selalu pakai baju kot kaler putih. Macam yang dekat hujung sana”, sambil aku menunding jari kearah doktor HO di kubikel 5.

Makcik tu pun terkebil-kebil la mendongak pasal nak tengok HO yang aku tunjukkan pada dia tu.

“Kalau doktor yang besar-besar pulak, depa pakai baju kemeja. Macam orang nak pergi keje opis, macam doktor lelaki kat kaunter tu”, gurau aku sambil mengalihkan pandangan makcik tersebut kearah doktor MO yang sedang menjawab telefon di kaunter. “Ha, yang tu semua doktor. Saya ni bukan doktor.”
“Ohh.. Dah tu kamu ni kerja apa kat sini?” soal makcik tu lagi.

“Saya ni jururawat, Mak Cik. Jururawat lelaki.”

Terdiam terus makcik tu. Kelihatan sedikit tersentak sambil anak mata dia merenung tajam kearah aku. Agak lama jugak dia tenung aku dari atas sampai bawah. Dah macam tak puas hati je dengan aku. Akhirnya, dia pun membalas jawapan aku dengan suatu ayat yang pedas, kasar dan pedih.

“Kamu ni pondan ye?”

– – – – – – – – – – – –

SELAMAT DATANG KE BLOG JURURAWAT AKU YANG AWESOME INI !
SELAMAT MEMBACA !